Latar belakang Rusuhan England 2011

Mereka membantah apabila pemuda bernama 29 tahun, Mark Duggan ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.

Tembakan juga berlaku di jambatan Ferry Lane bersebelah stesen Tottenham Hale. Sebelum ini banyak kejadian polis melakukan tembakan rambang, tanpa bukti mencukupi. IPCC memberi alasan bahawa penangkapan yang dirancang itu adalah sebahagian daripada Operasi Trident, sebuah unit yang menyiasat jenayah senjata api di kalangan masyarakat kulit hitam di London. Operasi Trident bertujuan memberantas perdagangan haram dadah .

Siasatan awal menemui peluru ditemui tertanam dalam radio polis yang membayangkan Duggan melepaskan tembakan terlebih dahulu.Ujian balistik mendapati peluru itu konsisten dengan yang digunakan oleh polis itu sendiri .

Pada 6 Ogos bantahan aman diadakan bermula di Ladang Broadwater dan tamat di Balai Polis Tottenham. Bantahan itu dianjurkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara Duggan untuk menuntut keadilan untuk keluarga. Sekitar 200 orang mengambil bahagian dalam protes ini.

Rujukan

WikiPedia: Rusuhan England 2011 http://www.theaustralian.com.au/news/world/police-... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php... http://www.nytimes.com/2011/08/08/world/europe/08b... http://uk.reuters.com/article/2011/08/08/uk-britai... http://news.sky.com/home/uk-news/article/16046035 http://www.vancouversun.com/sports/Spending+cuts+p... http://www.hmetro.com.my/articles/KerajaanBritains... http://www.bbc.co.uk/news/magazine-14487982 http://www.bbc.co.uk/news/uk-14436499 http://www.bbc.co.uk/news/uk-14476828